Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DBNA dan Curtin University memeterai MoU semalam. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

DBNA, Curtin University kukuh kerjasama

BySalasiah Safian

MIRI, 1 Mac: Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) pada Jumaat memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Curtin University bagi memperkukuhkan masyarakat Bidayuh termasuk di Miri.

Pengerusi DBNA Cawangan Miri, Simon Ilus berkata, kerjasama dengan Curtin University juga akan mempromosi kedua-dua pihak melibatkan kumpulan sasaran.

“Ia juga bertujuan mempromosikan acara dan aktiviti berkaitan masyarakat Bidayuh kepada penuntut di Curtin University, pertukaran maklumat pembangunan dalam pengajaran, pembangunan kaki tangan dan pelajar, latihan praktikal serta institusi penyelidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan DBNA Ngarom Pewun Bisamah 2025 di Miri semalam.

Menurutnya, DBNA turut mencadangakan untuk menganjurkan simposium, persidangan, kursus jangka pendek dan mesyuarat mengenai isu penyelidikan serta menjalinkan kerjasama lain seperti yang dipersetujui dari semasa ke semasa.

Selain itu, turut dicadangkan DBNA Miri sebagai penyelaras bersama komuniti Bidayuh di Bahagian Miri termasuk di Kampung Bidayuh Lusut dan Penempatan Tudan, Miri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan