Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 40 ahli Kelab Belia Progresif Pekan Balingian, GIATMARA dan Sarawak Skills menyertai Program Mobiliasasi Sukarelawan membersihkan Surau Ab Rar, Kampung Sesok Baru, Mukah. Foto TVS

Belia Mukah sukarela cuci surau, pastikan keselesaan jemaah sepanjang Ramadan

MUKAH, 1 Mac: Penduduk Kampung Sesok Baru Mukah menarik nafas lega dapat menunaikan solat berjemaah dengan selesa setelah Surau Ab Rar kini dapat diguna semula setelah hampir sebulan dilanda banjir.

Pengerusi Kelab Belia Progresif Pekan Balingian, Mohd Helmi Zamil berkata, seramai 40 belia telah menyertai Program Mobiliasasi Sukarelawan di Surau Ab Rar, Kampung Sesok Baru, Mukah Peringkat Bahagian Mukah baru-baru ini.

Katanya, ia merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Mukah, Kelab Belia Progresif Pekan Balingian sebagai rakan strategik turut melibatkan institusi seperti GIATMARA dan Sarawak Skills Mukah.

“Seramai 40 orang sukarelawan membantu gotong-royong membersih surau pasca banjir,” katanya kepada TVS.

Mohd Helmi berkata, selain mencuci, beberapa peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas dan beberapa lagi peralatan elektronik turut diservis dan dibaik pulih.

Turut hadir Penolong Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Mukah, Mohammad Arbi Rosli.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan