Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, berkata garis panduan ketat telah dikeluarkan bagi memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadan adalah bersih dan selamat untuk pengguna. Foto: Jazni Hanif (TVS)

Bazar Ramadan: Jaga kebersihan, pastikan makanan selamat

ByMuqri Aziz

KUCHING, 1 Mac: Pengusaha bazar Ramadan di seluruh Sarawak diingatkan untuk sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan bagi mengelak pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, garis panduan ketat dikeluarkan bagi memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadan bersih dan selamat untuk pengguna.

“Semua peniaga diwajibkan memastikan makanan yang dijual adalah segar dan dimasak pada hari yang sama seperti yang digariskan dalam slogan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), ‘Masak hari ini, dijual hari ini.’ Selain itu, kebersihan kawasan perniagaan perlu dijaga bagi memastikan makanan yang dijual selamat untuk pengguna.

“Peniaga juga diingatkan agar tidak membuang lebihan makanan secara sesuka hati seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya selepas merasmikan Projek Bekalan Air bagi Kampung Nyabut dan Kampung Trombol di Surau Kampung Nyabut, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan premis makanan yang menawarkan bufet berbuka puasa tidak dibenarkan menggunakan perkataan Ramadan dalam promosi mereka sekiranya tidak memiliki sijil halal yang sah daripada Majlis Islam Sarawak (MIS).

Bagaimanapun beliau menyarankan pemilik premis makanan baharu mendapatkan sijil halal terlebih dahulu sebelum menawarkan bufet Ramadan kepada pelanggan.

“Pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan di seluruh Sarawak bagi memastikan semua premis makanan mematuhi garis panduan halal.

“Dalam Islam, konsep halal dan haram tidak boleh dikompromi yang mana hanya premis yang memperoleh sijil halal daripada Majlis Islam Sarawak dibenarkan menggunakan terma halal,” ujarnya.

Beliau turut menyeru semua umat Islam agar menghormati ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan serta menasihati mereka yang tidak berpuasa atas faktor kesihatan menghormati individu berpuasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan