Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hantaran yang dikongsi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar umat Islam di negara ini mengambil kesempatan bulan yang penuh keberkatan itu untuk mengeratkan silaturahim serta membantu golongan memerlukan.

“Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan agar Allah Subhanahuwataala mengurniakan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia serta dielakkan sebarang perselisihan atau perbalahan bersempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini,” titah Seri Paduka dalam hantaran yang dikongsi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim turut mengajak umat Islam bermunajat dan berdoa agar Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan, selain dilindungi daripada segala ancaman, bencana dan musibah.

Umat Islam di seluruh negara akan menunaikan ibadah puasa bermula esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan