Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Bekenu Datuk Rosey Yunus merasmikan tapak Bazar Ramadan Kampung Pejuang Kelulit di sini pada Jumaat. Foto Salasiah Safian (TVS)

33 masjid, surau di Bekenu terima sumbangan

BySalasiah Safian

MIRI, 1 Mac: Sebanyak 33 masjid dan surau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu menerima sumbangan sempena Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus berkata, sumbangan tersebut adalah untuk program pengimarahan masjid dan surau pada bulan mulia.

“Jadi kita memberi sumbangan dalam bentuk kurma dan peruntukan kewangan RM1,000 setiap masjid dan surau. Jadi kita harapkan sumbangan ini membantu jawatankuasa pengurusan merangka aktiviti bersama-sama penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tapak Bazar Ramadan di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu, Miri baru-baru ini.

Mengenai pembukaan Bazar Ramadan Kampung Pejuang Kelulit, Rosey menjelaskan, ia dibangunkan secara berpuasat bagi membolehkan orang ramai membeli juadah di satu tempat.

“Saya rasa ini tahun kedua kita buat. Kerana sebelum ini mereka berdagang (berniaga) di lokasi berlainan. Adalah lebih baik kita himpunkan mereka di satu tempat,” ujarnya.

Malah menurutnya, bazar tersebut juga unik kerana menjual kuih tradision masyarakat Kedayan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan