Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi bayangan bahawa beliau sedang mempertimbangkan sama ada akan mengenakan tarif terhadap United Kingdom (UK), lapor PA Media/dpa. Foto AFP.

Trump beri bayangan pertimbang pelan tarif terhadap UK

ByBernama

WASHINGTON, 28 Feb: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi bayangan bahawa beliau sedang mempertimbangkan sama ada akan mengenakan tarif terhadap United Kingdom (UK), lapor PA Media/dpa.

Tarif AS terhadap import keluli Britain dijangka dikuat kuasa tidak lama lagi, dan Trump turut memberi isyarat bahawa UK mungkin menjadi sasaran seterusnya.

Menjelang pertemuan dengan Perdana Menteri Britain Kei Starmer di Rumah Putih, Trump berkata beliau mempunyai “sentimen istimewa” terhadap UK.

Minggu ini, Trump mendakwa Kesatuan Eropah (EU) dibentuk untuk “mengambil kesempatan” terhadap AS dalam perdagangan dan memberi petunjuk bahawa beliau mungkin mengenakan tarif 25 peratus terhadap blok itu.

Namun, pada Khamis, beliau berkata: “UK adalah situasi yang sangat berbeza.

“Saya ada pelaburan di sana. Saya memiliki Turnberry, Aberdeen, dan sebuah tempat hebat bernama Doonbeg di Ireland.

“Jadi, saya memang ada perasaan yang baik terhadap negara anda.”

Rancangan AS untuk mengenakan tarif 25 peratus terhadap import keluli Britain dijadual bermula pada 12 Mac.

Trump juga memberi isyarat bahawa beliau mungkin mengenakan tarif sebagai tindak balas terhadap cukai nilai tambah (VAT) yang dikenakan UK ke atas barangan AS.

Menteri-menteri UK berpendapat negara itu mungkin terlepas daripada tarif AS kerana Amerika tidak mempunyai defisit perdagangan dengan Britain, tidak seperti dengan EU.

Ketika ditanya sama ada UK akan terlepas daripada sekatan, Trump hanya menjawab: “Saya perlu melihatnya dahulu.”-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan