Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas PRK DUN Ayer Kuning, Perak pada 7 Mac bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya.

SPR adakan Mesyuarat Khas PRK DUN Ayer Kuning pada 7 Mac

KUCHING, 28 Feb: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 7 Mac depan bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Datuk Abdul Khalid berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak berikutan kematian penyandangnya Allahyarham YB Ishsam Shahruddin pada 22 Februari 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara XXXVI (5), Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR kekosongan tersebut telah berlaku.

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang pada Sabtu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan