Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama-sama tetamu yang lain pada Forum Ekonomi dan Perniagaan Sarawak Asean 2025. Foto TVS

Sarawak komited terajui transformasi ekonomi baharu

KUCHING, 28 Feb: Sarawak komited untuk menerajui transformasi ekonomi baharu sejajar dengan kemajuan zaman melalui penggunaan teknologi terkini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu termasuk penggunaan teknologi digital.

“Dengan lebih RM1 bilion diperuntukkan untuk infrastruktur digital di bawah PCDS 2030, kami memastikan perniagaan dan komuniti dapat berkembang dalam era digital.

“Sarawak juga menyumbang kepada transformasi digital ASEAN dengan melabur dalam ketersambungan berkelajuan tinggi, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan dan teknologi pintar.

“Selain itu, pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh Sarawak akan membolehkan perdagangan digital berkelajuan tinggi, automasi dalam industri dan akses yang lebih baik kepada penyelesaian teknologi kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi dan Perniagaan Sarawak Asean 2025 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Sarawak turut terbuka untuk sektor perniagaan yang bukan sahaja menawarkan peluang tetapi menyediakan persekitaran yang jelas, stabil dan dipacu oleh pertumbuhan yang mana pelaburan berkembang.

“Sama ada dalam tenaga hidrogen, industri berasaskan atau pembuatan bernilai tinggi, Sarawak adalah pelancaran masa depan ASEAN,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan