Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 9 malam ini. Foto hiasan Envato

Ribut petir landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 5.15 petang ini memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta Perak.

Turut terjejas Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) turut terlibat.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) serta Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan