Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 24 pasukan melibatkan sekolah tempatan dan akademi luar negara bakal menyertai Kejohanan Ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Premier 7 sebelah (7s) yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Julai ini. Foto hiasan Envato

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan menjelang aksi playoff Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2025 menentang Sri Lanka pada 19 April ini.

Presiden Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad berkata tiga pemain yang dikenal pasti itu ialah Sakiusa Gavidi, ⁠Timoci Vunimoko dan Etonia Saukuru dari Fiji.

“Buat masa ini memang kita masih dalam proses perbincangan bersama kelab mereka (pemain naturalisasi) dan bila tarikh yang sesuai untuk kelab itu melepaskan pemain berkenaan.

“Jadi saya harap kita dapat menggunakan khidmat mereka menjelang aksi playoff ARC 2025 sebab perlawanan itu penting untuk menentukan kedudukan dalam Divisyen Premier tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pengumuman penajaan bersama syarikat pengeluar pakaian sukan tempatan Kakijersi sebagai penaja utama jersi pasukan kebangsaan bagi tahun 2025-2027.

“Menerusi penajaan itu, Kakijersi akan menyediakan pakaian berkualiti tinggi yang direka khusus untuk atlet ragbi Malaysia bagi skuad senior dan remaja melibatkan pasukan lelaki dan wanita 15 sebelah dan 7 sebelah,” katanya.

Amir Amri berkata ia adalah satu perkembangan positif dan berharap penajaan itu sedikit sebanyak dapat membantu prestasi pasukan ragbi negara menghadapi kejohanan antarabangsa terutama menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan