Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai 1 Mac 2025.

Perkhidmatan e-Filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka 1 Mac

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Feb: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan hari ini menyarankan pembayar cukai untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi LHDN https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

Ejen cukai pula hendaklah menggunakan platform Tax Agent e-filing System (TAeF) yang boleh diakses melalui portal MyTax untuk tujuan tersebut.

“Pembayar cukai hendaklah memastikan mereka telah mempunyai peranan di MyTax yang berkaitan bagi membolehkan pengemukaan BN melalui e-Filing.

“Pembayar cukai dinasihatkan membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2024,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan, LHDN menyarankan tindakan set semula kata laluan dengan log masuk ke portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar > Lupa Kata Laluan dan pilih medium set semula sebelum pautan untuk membina kata laluan baharu dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai.

Maklumat lanjut berkenaan Program Menfail BN Bagi Tahun 2025 bagi versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh dirujuk di portal rasmi LHDN atau pautan https://www.hasil.gov.my/media/agdmne4n/program-memfail-bn-bagitahun-2025.pdf dan https://www.hasil.gov.my/media/tvojk1ho/rf-filing-programme-for-2025.pdf.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan