Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Forum Ekonomi dan Perniagaan Sarawak Asean 2025 di Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Perdagangan digital ASEAN dijangka capai AS$1 trilion dolar AS menjelang 2030

KUCHING, 28 Feb: Perdagangan digital ASEAN dijangka mencapai AS$ 1trilion menjelang 2030.

Mendedahkan perkara itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bersedia untuk menjadi pemain utama.

“E-dagang sedang berkembang pesat dan Sarawak sedang memanfaatkan trend ini. Perdagangan digital di ASEAN dijangka mencapai AS$1 trilion menjelang 2030 dan Sarawak sedang menjadi pemain utama.

“Kami juga berhasrat untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada KDNK Sarawak kepada 20 peratus menjelang 2030 yang dianggarkan sekitar RM56.4 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi dan Perniagaan Sarawak Asean 2025 di sini, hari ini.

Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu ekonomi digital ASEAN dijangka meningkat tiga kali ganda daripada AS$300 bilion kepada hampir AS$1 trilion menjelang 2030.

Penerapan teknologi digital yang lebih meluas dan rangka kerja yang selaras katanya boleh menggandakan nilai menjadi lebih AS$2 trilion kepada ekonomi digital ASEAN.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan