Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan meningkat kepada 413 orang daripada 124 keluarga setakat 8 malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat malam ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 28 Feb: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan meningkat kepada 413 orang daripada 124 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 397 orang daripada 119 keluarga 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid dengan menempatkan 350 orang daripada 102 keluarga.

“Sebanyak 63 orang daripada 22 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan,” menurut kenyataan itu.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan