Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan sedikit bertambah kepada 397 orang daripada 119 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 394 orang daripada 118 keluarga malam tadi. Foto APM.

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 28 Feb: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan sedikit bertambah kepada 397 orang daripada 119 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 394 orang daripada 118 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

“Sebanyak 57 orang daripada 19 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan.

“Trend pemindahan mangsa di Telupid dan Paitan kekal pagi ini,” menurut kenyataan itu.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan