Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norizan Yahya (tengah) menunjukkan rokok dan minuman keras disyaki barang seludup dalam serbuan ke atas sebuah premis di Kuching, baru-baru ini. Foto JKDM

Lori dijadikan tempat simpan dan angkut rokok dan minuman keras disyaki barangan seludup

KUCHING, 28 Feb: Taktik menjadikan lori berkunci sebagai tempat penyimpanan dan pengangkutan rokok serta minuman keras disyaki barangan seludup berjaya dibongkar pasukan penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata modus operandi ini dibongkar menerusi serbuan pada 15 Januari lepas oleh sepasukan pegawai kastam dari Bahagian Penguatkuasaan Unit Operasi Darat Kuching ke atas sebuah premis di sini.

Kastam menyita 898,160 batang rokok putih dan kretek, 12,247.27 liter minuman keras dan tiga kenderaan lori berkunci di luar premis yang diserbu.

Menurutnya, jumlah keseluruhan nilai barang sitaan termasuk nilai duti atau cukai dianggarkan sebanyak RM1.4 juta.

“Kejayaan ini membuktikan komitmen JKDM Sarawak dalam mencapai matlamat melalui tadbir urus yang cekap dan berintegriti di setiap peringkat aktiviti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menyeru orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan