Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak tidak menghadapi isu besar berkaitan penyalahgunaan dadah atau alkohol sepanjang penganjuran festival muzik. Foto fail RWMF 2024

Kebanyakan pengunjung festival muzik di Sarawak tidak ambil alkohol berlebihan

ByAdlina Rahman

KUCHING, 28 Feb: Sarawak tidak menghadapi isu besar berkaitan penyalahgunaan dadah atau alkohol sepanjang penganjuran festival muzik.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata semua festival muzik yang dianjurkan tahun lalu berlangsung dengan lancar tanpa masalah serius, khususnya berkaitan penyalahgunaan alkohol dan dadah.

Penganjuran festival muzik di Sarawak dipantau rapi ikut SOP | TVS

“Walaupun penjualan alkohol dibenarkan, penggunaannya terkawal. Kebanyakan pengunjung tidak mengambil alkohol secara berlebihan, dan agensi penguatkuasaan sentiasa memastikan pematuhan peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025 di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Karim turut menegaskan bahawa keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap penganjuran festival di Sarawak.

“Kami sentiasa mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama semua agensi berkaitan, termasuk polis, kastam, dan penguatkuasa, untuk memastikan festival berjalan dengan selamat. Saya lihat pengunjung di festival di sini memahami bahawa ini adalah tempat untuk menikmati muzik tanpa dadah atau perkara yang melanggar peraturan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa reputasi baik Sarawak dalam menganjurkan festival muzik turut mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak, termasuk daripada kerabat diraja.

“Kami berbesar hati apabila Sultan Selangor sendiri meluangkan masa dua malam di sini tahun lalu sempena RWMF 2024,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan