Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Lorong 18F, Jalan Lada di sini pada petang semalam berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba. Foto JPBMS.

Kebakaran 40 peratus tingkat bawah rumah dua tingkat berjaya dipadam bomba

BySuara Sarawak

SIBU, 28 Feb: Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Lorong 18F, Jalan Lada di sini pada petang semalam berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.17 petang.

Sejurus selepas itu, seramai 17 anggota, yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK I (TBBKI) Omar Ali Saifuddin, dikerahkan ke lokasi berserta dua unit FRT (Fire Rescue Tender) dan satu unit EMRS (Emergency Medical Rescue Services).

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal dengan keluasan 20×50 kaki, yang mengalami kebakaran pada 40 peratus bahagian tingkat bawah.

“Pasukan bomba melaksanakan operasi pemadaman secara bersepadu dengan menggunakan dua salur bantu mula, satu salur 200 kaki dengan nozel, serta pam air dari jentera dan pili bomba berhampiran,” kata jurucakap berkenaan.

Menurutnya lagi, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.47 petang dan kerja ‘overhaul’ diteruskan sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

“Semua penghuni rumah seramai lima orang dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” ujarnya, sambil memaklumkan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.38 petang.

Punca kebakaran dan nilai kerugian harta benda masih dalam siasatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan