Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu kepada Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman, Hawa Osman kelihatan sugul selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman mati kepada hukuman penjara 18 tahun kepada enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Foto Bernama

Ibu Zulfarhan reda, sedia maafkan enam bekas penuntut UPNM

ByBernama

PUTRAJAYA, 28 Feb: Ibu kepada Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain reda dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan hukuman mati dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Hawa Osman, 62, berkata walaupun anaknya tidak hidup kembali, dia sedia memaafkan keenam-enam individu terlibat.

Bapa Allahyarham, Zulkarnain Idros, 61, pula berkata dia memerlukan masa untuk menerima kenyataan itu.

“Luka yang ada ini sudah sembuh, tetapi parut tetap ada,” katanya kepada media selepas keputusan kes itu hari ini.

Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM itu kerana membunuh Zulfarhan, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihadapi mereka sebelum ini.

Enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Sebelum ini, Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Mahkamah Persekutuan hari ini pula mengetepikan hukuman mati itu dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan, lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kesemua lelaki itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 2 Nov 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap semua enam lelaki itu selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.

Bekas penuntut yang kini berusia 29 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan