Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Billy Sujang (tiga kiri) bergambar bersama tetamu kehormat lain selepas merasmikan Kempen Kesedaran Awam (CEPA) Tapak Biosfera UNESCO 2025 di Lundu. Foto UKAS

Gunung Pueh dicalonkan sebagai Tapak Rizab Biosfera UNESCO pertama di Sarawak

BySuara Sarawak

LUNDU, 28 Feb: Gunung Pueh kini selangkah lebih dekat untuk diiktiraf pada peringkat dunia apabila dicalonkan sebagai Tapak Rizab Biosfera UNESCO yang pertama di Sarawak oleh Jabatan Hutan Sarawak.

Bukan sekadar destinasi alam semula jadi yang memukau, kawasan ini diiktiraf kerana kepentingannya dalam pemuliharaan biodiversiti serta keseimbangan antara pembangunan dengan alam sekitar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, pencalonan ini bukan hanya tentang keindahan landskap, tetapi juga bagaimana komuniti setempat dapat hidup seiring dengan pemuliharaan alam.

“Rangkaian Rizab Biosfera Dunia adalah inisiatif global di bawah Program ‘Man and Biosphere’ (MAB) UNESCO.

“Tujuannya adalah untuk memelihara biodiversiti sambil memastikan pembangunan mampan,” katanya.

Beliau berucap pada Program Kempen Kesedaran Awam (CEPA) Di Tapak Biosfera UNESCO 2025 di Kampung Pasir Hulu di sini, semalam.

Jelasnya lagi, Sarawak kini berada di landasan tepat untuk menjadi antara destinasi ekopelancongan utama di rantau ini, sekaligus menempatkan negeri ini dalam peta pemuliharaan global.

Billy menegaskan bahawa kesedaran awam dan sokongan masyarakat amat penting dalam memastikan pencalonan ini berjaya.

“Saya menggalakkan semua pihak untuk menyokong pencalonan ini.

“Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja melindungi biodiversiti, tetapi juga menggalakkan amalan mampan yang akan memastikan sumber semula jadi ini kekal untuk generasi akan datang,” katanya.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan rangkaian kerjasama antara jabatan kerajaan dengan komuniti tempatan dan pemegang taruh dalam usaha menjadikan Gunung Pueh sebagai model pemuliharaan yang berjaya.

Jika berjaya mendapat pengiktirafan UNESCO, Gunung Pueh bakal menjadi simbol keunikan alam semula jadi Sarawak, dan membuka lebih banyak peluang dalam sektor ekopelancongan serta penyelidikan biodiversiti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan