Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mendengar taklimat daripada pihak MAHB Miri. Foto Faisal Rambli (TVS)

Dua ‘aerobridge’ baharu bakal dibina di Lapangan Terbang Miri

BySalasiah Safian

MIRI, 28 Feb: Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) membina dua aerobridge baharu di Lapangan Terbang Miri tahun ini bagi menggantikan jambatan udara sedia ada itu yang sering mengalami kerosakan.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, dengan penggantian tersebut ia akan melancarkan lagi operasi di lapangan tersebut.

“Jadi, kami akan menggantikan aerobridge di Bay 3, selepas itu diikuti dengan Bay 4. Jadi, dua aerobridge akan digantikan. Kos aerobridge adalah sekitar RM2 juta bagi setiap satu.

“Aerobridge ini juga sering mengalami masalah kerana sering rosak dan syarikat penerbangan juga mengadu masalah itu. Jadi, kami akan selesaikan masalah tersebut tahun ini,” katanya.

Tambahnya, enam lagi aerobridge akan ditambah di masa akan datang dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak sembilan buah aerobridge.

Selain itu, beliau juga memohon agar isu mengenai kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut diatasi segera.

“Saya telah meminta mereka untuk melihat aliran trafik di dalam Lapangan Terbang Miri. Masalah besar sering berlaku, iaitu kesesakan trafik antara bangunan terminal.

“Oleh itu, dengan pembesaran ini, kita perlu memastikan bahawa aliran trafik menjadi lebih lancar dan juga meningkatkan jumlah tempat letak kereta. Ini adalah sebahagian daripada projek tersebut,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat di pejabat MAHB Lapangan Terbang Miri pada Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan