Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga bitcoin menurun sebanyak 5.5 peratus pada Jumaat, jatuh di bawah US$80,000 buat kali pertama sejak November 2024, menurut data perdagangan. Foto Envato.

Bitcoin jatuh di bawah US$80,000 untuk kali pertama sejak November 2024 – data perdagangan

ByBernama

MOSCOW, 28 Feb: Harga bitcoin menurun sebanyak 5.5 peratus pada Jumaat, jatuh di bawah US$80,000 buat kali pertama sejak November 2024, menurut data perdagangan.

Di satu daripada bursa mata wang kripto terbesar mengikut jumlah dagangan, Binance, harga bitcoin merosot kepada US$79,823, di bawah paras US$80,000 buat julung kali sejak 10 November 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Di Bursa Kripto Bitmex, harga bitcoin merudum kepada US$79,350 sebelum meningkat sedikit melebihi US$80,000.

Harga bitcoin mula meningkat selepas kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada awal November 2024, melonjak 62 peratus kepada paras tertinggi sepanjang masa melebihi US$109,000 pada akhir Januari 2025 daripada sekitar US$67,000.-TVS

 

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan