Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Peletakan Logo Malaysia Madani di Rangkaian Restoran Nasi Kandar Putrajaya (Singgah Madani). Foto: Afiq Johari (TVS)

ARM Holdings nyata hasrat berpangkalan di Malaysia – PM

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 28 Feb: Syarikat dari United Kingdom (UK), ARM Holdings, menyatakan hasrat untuk melebarkan sayap mereka ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat syarikat semikonduktor multinasional itu untuk berpangkalan di negara ini telah disampaikan kepadanya pagi tadi.

Menurut Anwar, kerajaan secara dasarnya telah bersetuju untuk menerima permohonan daripada syarikat itu.

“Pagi tadi memang saya sempat bercakap dengan pihak ARM Holdings. Untuk makluman, 95 peratus pelaburnya adalah Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group Corp, Masayoshi Son.

“Saya telah bercakap dengan beliau, dan beliau meminta supaya permohonan ARM Holdings diterima. Menyentuh mengenai beberapa peraturan kita, pada dasarnya kerajaan bersetuju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Peletakan Logo Malaysia Madani di Rangkaian Restoran Nasi Kandar Putrajaya (Singgah Madani) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kerajaan sedang mempersiapkan butiran lanjut mengenai perkara itu dan memberitahu bahawa ia akan dimeterai pada minggu depan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai majlis tersebut, Anwar menyambut baik pendekatan yang diambil oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), yang mengurangkan harga minuman secawan kepada RM0.30 bagi air kurang atau tanpa gula.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat untuk menyokong usaha tersebut yang ditawarkan di kesemua 12,000 rangkaian restoran di bawah PRESMA.

“Saya berterima kasih kepada restoran-restoran terlibat kerana mengurangkan harga. Sekarang ini, ada gula atau tiada gula, kadang-kadang harga sama, jadi mereka bezakan.

“Jadi, kita kempen untuk minuman kurang gula,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan