Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Anugerah Pemimpin Muslim Cemerlang Dunia 2024 pada Forum Perniagaan dan Ekonomi ASEAN Sarawak (ASBEF) 2025 hari ini. Foto Faitullah Morni(TVS)

Abang Johari terima Anugerah Pemimpin Muslim Cemerlang Dunia 2024

KUCHING, 28 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima Anugerah Pemimpin Muslim Cemerlang Dunia 2024 pada Forum Perniagaan dan Ekonomi ASEAN Sarawak (ASBEF) 2025 hari ini.

Abang Johari Pemimpin Muslim Cemerlang Dunia 2024 | TVS

Anugerah tersebut memberi pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang berwawasan, berdedikasi dan sumbangan luar biasa dalam memajukan ekonomi serta memperkukuh kedudukan Sarawak.

Selain itu, anugerah tersebut juga mengiktiraf komitmennya terhadap kelestarian, transformasi digital dan pertumbuhan inklusif yang menjadikan Sarawak sebagai model kemakmuran dalam ASEAN dan di seluruh dunia.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Forum Kepimpinan Muslim Dunia, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Mak Joon Nien.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan