Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata’ kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini. Foto fail AFP

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi ‘senjata’ kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Menurut Aaron, perkara bekenaan telah dibincangkan bersama ketua jurulatih beregu negara Herry Iman Pierngadi untuk mereka kembali menyesuaikan diri dengan corak permainan berkenaan, pada masa sama mengekalkan konsistensi ketika beraksi.

“Corak permainan ini pernah kami gunakan tapi tidak konsisten. Harapan saya dapat digunakan pada dua kejohanan iaitu Masters Orleans dan Seluruh England, bulan depan.

“Kami juga telah bincang dengan Herry untuk sesuaikan dengan corak permainan ini supaya dapat kemajuannya,” katanya kepada pemberita semasa sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, di sini hari ini.

Mengenai kecederaan berulang yang membelenggu dirinya, Aaron berkata ia tidak menjejaskan percaturannya bersama Woo Yik.

“Kecederaan saya ini bukan perkara baru tetapi sudah lama dan ia akan datang sekali sekala. Jadi pada saya, perkara ini tidak akan mengganggu permainan saya,” katanya.

Sementara itu, naib juara Seluruh England edisi 2019 dan 2024 itu menjangkakan saingan hebat bakal dipamerkan pemain pada Seluruh England yang akan berlangsung pada 11 hingga 16 Mac ini.

“Untuk beregu lelaki, kita ada banyak wakil yang akan beraksi di Seluruh England. Kita ada Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang prestasi mereka berada di puncak ketika ini sementara Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula baru menjuarai Masters Indonesia,” katanya.

Selain Aaron-Wooi Yik, turut disenaraikan ke Seluruh England gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Chong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.

Tiga beregu lelaki profesional turut bersaing di kejohanan berprestij itu ialah beregu utama negara Sze-Fei-Nur Izzuddin, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan