Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ops Perdana yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak di tiga lokasi dalam Bahagian Betong baru-baru ini berjaya menahan 30 individu. Foto AADK

30 individu ditahan di Betong kerana penyalahgunaan dadah

KUCHING, 28 Feb: Ops Perdana yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak di tiga lokasi dalam Bahagian Betong baru-baru ini berjaya menahan 30 individu.

AADK Sarawak berkata, operasi yang dijalankan pada 25 hingga 27 Februari lepas melibatkan serbuan di kawasan Supa, Spaoh, Kabong dan Debak.

“Seramai 30 individu telah ditahan, kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing,” kata AADK Sarawak dalam kenyataan hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 28 adalah lelaki manakala dua lagi adalah wanita yang berumur antara 19 hingga 50 tahun.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah 1983, dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

Operasi ini melibatkan 12 anggota, termasuk dua pegawai dan 10 anggota lain yang bertugas dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Ia turut disertai oleh Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Sarawak, Muhamed Izuan Abdul Rahman.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh menghubungi talian hotline AADK di 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan