Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan buku Kalendar Pelancongan Sarawak 2025 di Kuching pada Khamis.

250 acara dalam Kalendar Pelancongan Sarawak

KUCHING, 28 Feb: Sebanyak 250 acara dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Sarawak tahun ini berbanding 248, tahun lepas, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata seperti tahun sebelumnya, negeri itu terus mengekalkan acara utama seperti Regata Sarawak dan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia, yang menjadi produk dan tarikan utama.

“Selain itu, menerusi Festival Makanan anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan yang mempamerkan budaya masyarakat tempatan yang dianjurkan selama dua minggu yang menarik ribuan pengunjung akan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Sarawak di sini pada Khamis.

Abdul Karim berkata pada tahun ini Sarawak menyasarkan kedatangan lima juta pengunjung ke negeri itu, selepas merekodkan kehadiran 4.8 juta pengunjung tahun lepas.

Beliau berkata pada tahun lepas lebih 150,000 pengunjung direkodkan dari Brunei setiap bulan dan kehadiran mereka telah memberi impak positif kepada pekan dan bandar berdekatan sempadan seperti Limbang, Lawas serta Miri.

“Selain itu, pengunjung dari Indonesia turut menunjukkan minat yang tinggi, dengan Kuching semakin dikenali sebagai destinasi menarik yang wajib dilawati,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan