Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SeramaiĀ 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari 2025

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari 2025

ByBernama

MELAKA, 28 Feb: SeramaiĀ 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Beliau berkata daripada jumlah itu, ia membabitkan empat pegawai kanan polis berpangkat inspektor manakala bakinya melibatkan anggota berpangkatĀ rendah.

“Kebanyakan yang dibuang itu terlibat dalam kes-kes narkotik sama ada memiliki atau mengambil dadah dan mereka telah dituduh serta disabitkan bersalah di mahkamah.

“Mereka juga menjalani proses tatatertib yang selalunya berakhir dengan buang kerja,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Majlis serah terima tugas itu, antara pemangku Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi yang menyerahkan jawatannya kepada Ketua Lesen Pasukan, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) (Lesen Senjata Api) Bukit Aman Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

Dalam pada itu, Azri berkata pihaknya sedang menyiapkan draf cadangan bagi mempercepat proses buang kerja pegawai dan anggota yang disabitkan bersalah untuk diangkat ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan integriti warga pasukan kekal utuh.

Sementara itu, Dzulkhairi berkata beliau akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan di Melaka, terutama membabitkan kelancaran trafik agar memberi lebih keselesaan kepada pelancong serta pengunjung yang datang melancong ke negeri berkenaan.

“Yang paling penting keselamatan mereka terjamin dan saya akan berusaha untuk menurunkan rasa ‘fear factor’ dalam kalangan pelancong supaya mereka tak ragu-ragu untuk keluar seorang diri pada waktu malam,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan