Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keratan akhbar Utusan Sarawak yang memaparkan ucapan selamat tinggal buat versi cetak Utusan Sarawak. Foto Utusan Sarawak (FB)

Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak henti cetakan mulai esok

ByMuqri Aziz

KUCHING, 27 Feb: Akhbar Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menghentikan penerbitan edisi cetak mulai esok, 28 Februari.

Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak, Kadir Dikoh berkata, sebaliknya pembaca boleh mengakses kedua-dua akhbar itu menerusi platform dalam talian.

“Mulai Sabtu, 1 Mac 2025, Utusan Sarawak akan beroperasi sepenuhnya dalam talian melalui versi web, aplikasi Utusan Sarawak serta laman Facebook Utusan Sarawak,” katanya.

Beliau menjelaskan dunia hari ini dikuasai oleh paparan digital dan penggunaan platform dalam talian.

“Kira-kira 20 tahun lalu, orang ramai bersarapan di kedai kopi sambil membaca akhbar cetak, tetapi hari ini, pemandangan itu hampir tiada lagi.

“Sebaliknya, kebanyakan orang kini lebih tertumpu kepada skrin telefon bimbit untuk mendapatkan berita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, Utusan Sarawak akan terus mengikuti trend semasa dengan memperkukuh liputan berita melalui platform digital.

“Sejajar dengan perkembangan teknologi, Utusan Sarawak menjadi akhbar pertama di Malaysia yang memperkenalkan pembaca berita buletin malam menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Facebook rasmi kami.

“Selamat tinggal versi cetakan Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak,” ujarnya.

Utusan Sarawak merupakan salah satu akhbar harian berbahasa Melayu yang berpengaruh di Sarawak sejak diterbitkan pada tahun 1990-an.

Ia terkenal dengan liputan berita tempatan, nasional dan antarabangsa selain laporan ekonomi, politik serta isu-isu semasa yang relevan dengan masyarakat Sarawak.

Sementara itu, Mingguan Sarawak adalah edisi hujung minggu yang menyajikan laporan mendalam, analisis isu-isu utama serta rencana khas yang memberi fokus kepada perkembangan di negeri ini.

Kedua-dua akhbar tersebut menjadi sumber maklumat utama bagi rakyat Sarawak selama lebih dua dekad sebelum akhirnya beralih sepenuhnya ke platform digital bagi menyesuaikan diri dengan perubahan landskap media dan keperluan pembaca moden. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan