Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan atlet daripada Tempur Jarak Dekat (TJD) Sarawak berjaya menggegarkan gelanggang apabila tampil sebagai pemenang dalam satu kejohanan seni bela diri campuran (MMA) di sini, baru-baru ini.

TJD Sarawak raih empat kemenangan di MMA RAGE Grand Prix

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Pasukan atlet daripada Tempur Jarak Dekat (TJD) Sarawak berjaya menggegarkan gelanggang apabila tampil sebagai pemenang dalam satu kejohanan seni bela diri campuran (MMA) di sini, baru-baru ini.

Empat daripada tujuh ahli pasukan TJD Sarawak berjaya memenangi perlawanan masing-masing pada MMA RAGE Grand Prix Season 2, yang berlangsung selama tiga minit untuk setiap satu pusingan.

Ini secara langsung menunjukkan kemajuan serta kualiti atlet MMA dari Sarawak melalui kemahiran dan keazaman mereka menentang pihak lawan yang lebih hebat.

Salah seorang pemenang, Ahmad Khafi, 27, berkata, kemenangan beliau adalah hasil latihan kem MMA selama lapan minggu yang intensif.

“Dalam masa lapan minggu tersebut, fokus kami adalah untuk menyesuaikan badan (body conditioning), menajamkan teknik serta membuat strategi perlawanan.

“Berkat latihan tersebut, kita semua berjaya ke pusingan ‘fight night’ dan memberikan yang terbaik apabila kami di gelanggang,” katanya.

Seorang lagi pemenang, Syahmi Fakri, 24, menekankan aspek teknik yang membawa kepada kemenangan pasukan TJD Sarawak.

“Teknik bergelut (grapple) yang kita guna terbukti berkesan kerana tiga pusingan dimenangi dengan menggunakan teknik kuncian lengan (armbar submission) manakala satu lagi pasukan kami menggunakan teknik cekikan belakang (rear-naked choke).

“Acara kejohanan seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh atlet MMA seperti kami kerana ia mengangkat martabat sukan ini dan menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada peserta tempatan,” tambahnya.

Sementara itu, penganjur kejohanan, Daniel Chee yang terlibat dalam penganjuran sukan MMA di Malaysia selama tujuh tahun merasakan banyak yang masih perlu dilakukan untuk memupuk minat MMA di negara ini.

Atlet MMA berumur 30 tahun itu merasakan wakil MMA negara masih masih kurang dan beliau menyimpan hasrat untuk melihat lebih ramai atlet MMA negara berentap di gelanggang antarabangsa.

“Objektif kita adalah untuk melihat lebih banyak lagi atlet MMA Malaysia berentap dalam kejohanan seperti One Championship dan Ultimate Fighting Championship (UFC).

“Kita mempunyai perancangan untuk membawa acara MMA RAGE Grand Prix ini ke Sarawak untuk mereka tunjukkan kemahiran mereka setelah melihat kemampuan yang ditonjolkan atlet MMA Sarawak semasa kejohanan kali ini,” kata Daniel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan