Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premis makanan dan hotel di Sarawak, yang tidak memiliki sijil halal, tidak dibenarkan menggunakan istilah berkaitan ‘Ramadan’ dalam sebarang bentuk pengiklanan, tegas Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi. Foto Ramidi Subari

Tidak boleh guna istilah ‘Ramadan’ dalam iklan kalau tiada sijil halal

BySuara Sarawak

KUCHING, 27 Feb: Premis makanan dan hotel di Sarawak, yang tidak memiliki sijil halal, tidak dibenarkan menggunakan istilah berkaitan ‘Ramadan’ dalam sebarang bentuk pengiklanan, tegas Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak itu berkata arahan ini telah dikeluarkan menerusi pekeliling oleh Majlis Islam Sarawak (MIS), dan dikuatkuasakan setiap tahun.

“Hanya premis yang memiliki sijil halal dibenarkan menawarkan bufet berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

“Jika tiada sijil halal, mereka bukan sahaja tidak boleh menawarkan bufet Ramadan, malah tidak dibenarkan mengiklan atau memasang sepanduk menggunakan istilah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan program Penyampaian Sumbangan MIS 2025 dan Pengumuman Kadar Zakat Fitrah di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan hotel mahupun premis di Sarawak mematuhi peraturan ini, manakala sebilangan kecil masih dalam proses mendapatkan sijil halal.

Bagi memastikan pematuhan, katanya, MIS akan menjalankan pemantauan secara berkala.

“Setakat ini, tiada laporan ketidakpatuhan diterima.

“Jika ada yang masih belum mendapatkan sijil halal tetapi ingin menawarkan bufet Ramadan, pegawai kami akan menasihati mereka agar memohon terlebih dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Abdul Rahman turut memaklumkan bahawa tiga tapak Bazar Ramadan di Kuching telah diluluskan dan dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), iaitu di Satok, Tupong dan Stutong.

Bagi penganjur bazar di lokasi lain, katanya, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan untuk memastikan aspek kebersihan dan pengurusan sisa buangan dijaga.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan