Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam (empat kiri) menerima cenderahati selepas merasmikan Dewan Sri Saribas Kampung Manggut di Spaoh, semalam.

Selepas siap Dewan Sri Saribas, tebingan sungai Kampung Mangut pula akan dinaik taraf

BySuara Sarawak

SPAOH, 27 Feb: Selepas siapnya dewan baharu di tapak Pesta Ikan Buntal di Kampung Mangut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam, melihat signifikan menaik taraf tebingan sungai di kampung tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu, tempat tersebut merupakan lokasi penganjuran acara popular Pesta Ikan Buntal atau Pesta Saribas.

“Alhamdulillah, apa yang kita nampak sekarang telah berdiri gah dewan baharu yang kita namakan sebagai Dewan Sri Saribas, sesuai dengan lokasinya yang berdekatan dengan Sungai Batang Saribas.

“Ini inisiatif Kerajaan Sarawak di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Justeru, untuk melengkapkan kemudahan di kawasan dewan ini, terdapat cadangan untuk menaik taraf tebingan sungai di Kampung Mangut.

“Kita usahakan, dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan lancar demi kebaikan semua penduduk,” katanya.

Razi berkata demikian Ketika merasmikan Dewan Sri Saribas Kampung Manggut di sini semalam.

Jelasnya, Dewan Sri Saribas dibangunkan dengan peruntukan RM600,000, dan siap sepenuhnya pada Januari 2024.

“Pada dasarnya, dewan ini dibina untuk menyediakan kemudahan lebih baik kepada masyarakat setempat, khususnya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti komuniti, termasuk pesta, perkahwinan dan sukan.

“Dengan saiz dewan yang cukup luas, amat sesuai digunakan untuk melaksanakan pelbagai jenis aktiviti dan program,” ujarnya.

Tambah Razi, penyelenggaraan Dewan Sri Saribas akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Dewan Kampung Mangut memastikan ia dijaga dengan sebaik mungkin.

“Saya juga mohon kerjasama seluruh kepimpinan kampung untuk sama-sama bertanggungjawab terhadap kemudahan awam ini agar ia tahan lama.

“Dan saya ambil maklum permintaan untuk memasang net atau jaring di sekitar dewan bagi memberi peluang kepada golongan belia untuk beriadah,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan