Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar berucap pada Majlis Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Amiruddin Shah (TVS).

PM ulangi tidak benarkan tender secara terus

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 27 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali mengulangi pendiriannya iaitu tidak akan membenarkan perolehan secara terus untuk kontrak kerajaan bagi mana-mana pihak.

Perdana Menteri berkata, segala perolehan tender akan dijalankan secara telus dengan prosesnya perlu melalui Kementerian Kewangan (MOF) terlebih dahulu.

“Dalam tempoh dua tahun saya memimpin kerajaan, saya tidak izinkan rundingan tender secara terus. Semua perlu lalui proses, saya tidak akan luluskan kerana bagi saya hilang maksud roh Islam kalau kecurangan itu terus berlaku.

“Saya tidak peduli surat daripada pihak mana, kesemuanya harus ikut proses,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaaan 2025 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na’im dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dr Sirajuddin Suhaimee.

Mengambil contoh, proses pemperolehan aset pertahanan, Anwar berkata, kerajaan tidak akan membenarkan isu tatakelola yang menimpa negara sebelum ini membabitkan perolehan kapal tentera yang disifatkan sebagai satu kerugian berulang.

“Jangan beli kapal dengan harga mencecah billion ringgit, tetapi berpuluh tahun tersadai dan kita (kerajaan) diam sahaja. Ini tindakan yang menghancurkan negara.

“Ini soal pertahanan negara, bukan saya yang tentukan apa yang mahu dibeli, tetapi ia dibincangkan oleh semua pihak dengan teliti, kemudian diputuskan dan dibeli secara telus.

“Kepada mereka yang tidak senang dengan hal (pendirian) ini, saya tetap tidak akan izinkan ia berlaku kerana ini satu bentuk pengkhianatan kepada negara,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan