Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menjalinkan kerjasama dengan Energy Institute (EI), menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara untuk menyertai badan keahlian profesional bertauliah yang berpangkalan di United Kingdom (UK) sebagai rakan teknikal.

PETRONAS, Energy Institute bekerjasama jayakan peralihan tenaga Asia

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 27 Feb: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menjalinkan kerjasama dengan Energy Institute (EI), menjadi syarikat pertama di Asia Tenggara untuk menyertai badan keahlian profesional bertauliah yang berpangkalan di United Kingdom (UK) sebagai rakan teknikal.

Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi PETRONAS, Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata, kerjasama itu menggabungkan pengalaman 50 tahun PETRONAS dalam industri tenaga dengan kepakaran EI dalam meningkatkan pengurusan sektor tenaga, selaras dengan aspirasi global ke arah masa depan yang lebih mampan.

“Selaras dengan usaha PETRONAS dalam membina ekosistem inovasi berimpak bagi menyokong aspirasi Net Zero di Asia, kerjasama ini menyatukan kepakaran, sumber dan semangat kami untuk mempercepatkan kemajuan ke arah masa depan tenaga yang mampan dan berdaya tahan yang diperlukan dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pemeteraian kerjasama yang berlangsung di International Energy Week (IEW), di London, pada Khamis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Besar Kanan Strategi dan Perkhidmatan Korporat, Penyampaian Projek dan Teknologi PETRONAS, Abang Jimmy Abang Mordian, Ketua Pegawai Eksekutif Energy Institute, Dr Nick Wayth dan Pengarah Teknikal Energy Institute, Martin Maeso.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Energy Institute (EI), Dr Nick Wayth berkata, pihaknya komited untuk mempercepatkan peralihan tenaga global yang adil ke arah Net Zero dan menyambut baik kehadiran PETRONAS sebagai rakan teknikal baharu dalam usaha ini.

“Kerjasama ini adalah sebahagian penting daripada aktiviti masa depan EI dalam menyokong serta memperlengkapkan sektor tenaga di Malaysia, rantau Asia Pasifik yang lebih luas dan peringkat global,” katanya.

Sebagai rakan teknikal, PETRONAS akan menyumbang kepada pembentukan program masa depan melalui penyertaan dalam Jawatankuasa Penasihat Saintifik dan Teknikal EI (EI-STAC).

Kerjasama PETRONAS dan EI ini dijangka membuka lebih banyak peluang dalam industri tenaga di rantau Asia, selaras dengan agenda peralihan tenaga global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan