Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Kalaka, Mohamad Duri berucap ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 1 Pesta Saratok 2025 di Saratok semalam. Foto Suara Sarawak

Pesta Saratok 2025 dijadual berlangsung 28 Jun hingga 6 Julai

BySuara Sarawak

SARATOK, 27 Feb: Pesta Saratok tahun ini dirancang untuk dilaksanakan bermula 28 Jun hingga 6 Julai.

Ketika memaklumkan tarikh tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, menyifatkan penganjuran Pesta Saratok sebagai secara tahunan yang sangat ditunggu-tunggu penduduk setempat.

Sehubungan itu, katanya, ia dirancang awal dari sekarang untuk memastikan Pesta Saratok berjalan lancar kelak.

“Inilah yang kita lakukan setiap tahun untuk penganjuran Pesta Saratok, kita bermesyuarat kira-kira enam bulan sebelum acara.

“Dan hari ini juga kita menetapkan pesta akan berlangsung 28 Jun hingga 6 Julai depan.

“Acara utama, lumba perahu Regata Kalaka, jatuh pada 4 hingga 6 Julai,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya seusai menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bil.1 Pesta Saratok 2025 semalam.

Ia dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid, di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Saratok.

Jelasnya, pesta yang berlangsung lebih seminggu itu bakal diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Antara cadangan awal kita seperti Saratok Kitchen, pertandingan memasak, pertandingan dart, pertandingan petanque, kempen derma darah, kejohanan bola keranjang, larian, pameran pembangunan, perahu berhias, pangkah gasing, menyumpit, bertandak dan bergendang, pertandingan ratu, memancing, tarik tali dan aktiviti jualan.

“Justeru, besar harapan penganjuran kali ini dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat lebih daripada tahun sebelum ini.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah baik penganjuran pada tahun ini dalam menerima kunjungan semua lapisan masyarakat yang memeriahkan Pesta Saratok 2025,” ujarnya selaku penaung pesta.

Mohamad menagih komitmen semua ahli jawatankuasa pengelola untuk menyediakan pelan strategi terbaik bagi memastikan penganjuran Pesta Saratok dan Regata Kalaka pada tahun ini adalah yang terbaik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan