Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penolong Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) Rezal Zambery Yahya memuji komitmen pemain mudanya yang tetap bersungguh-sungguh memberikan aksi terbaik walaupun skuad itu menghadapi pelbagai masalah musim ini. Foto Kelantan Darul Naim Football Club (Facebook)

Pemain KDN FC tetap berjuang walaupun diuji pelbagai masalah – Rezal Zambery

KOTA BHARU, 27 Feb:  Penolong Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) Rezal Zambery Yahya memuji komitmen pemain mudanya yang tetap bersungguh-sungguh memberikan aksi terbaik walaupun skuad itu menghadapi pelbagai masalah musim ini.

Rezal Zambery berkata ketika ini tidak ada sesi latihan formal dijalankan, sebaliknya pemain hanya menjalani latihan sendiri bagi mengharungi baki saingan Liga Super.

“Namun, kita tidak mahu dikatakan sekadar beraksi untuk melengkapkan jadual perlawanan kerana perkataan itu tidak sesuai memandangkan pemain tetap menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam setiap perlawanan bagi memperoleh kemenangan.

“Secara jujurnya, pemain saya tidak menjalani latihan secara formal sejak sekian lama, kita hanya turun bermain untuk perlawanan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad IV malam tadi.

Rezal Zambery berkata ketika ini tiada paksaan kepada pemain untuk menghadiri sesi latihan termasuk untuk tampil beraksi setiap perlawanan.

“Sekarang ini pemain beraksi untuk diri sendiri bagi meneruskan kerjaya mereka pada musim depan, sama ada untuk kekal bersama pasukan ini atau memikat pasukan lain dengan persembahan ditunjukkan.

“Apa yang penting, pemain perlu memikirkan masa depan dalam bola sepak kerana mereka masih muda dan mempunyai potensi,” katanya.

Rezal Zambery berkata sebagai jurulatih, beliau bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan pasukan bagi setiap perlawanan walaupun hakikatnya, KDN FC mempunyai pelbagai masalah.

“Saya tidak mahu menceritakan masalah kepada dunia luar walaupun apabila pasukan kalah teruk, orang pertikaikan jurulatih dan pemain,” katanya.

Perlawanan Liga Super semalam menyaksikan KDN FC tewas 0-3 kepada Kuching City menerusi hatrik Jordan Mintah pada minit ke-3, 6 dan 59.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan