Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC perlu lebih berdisiplin dan bersedia menghadapi baki saingan Liga Super 2024/2025, terutama dalam mengatasi masalah pergantungan pemain akibat kad kuning, kata Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak. Foto Kuching City FC

Kuching City perlu elak kesilapan

ByLuqman Muhammad

KOTA BHARU, 27 Feb: Kuching City FC perlu lebih berdisiplin dan bersedia menghadapi baki saingan Liga Super 2024/2025.

Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak berkata, beberapa perkara perlu diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya termasuk memastikan pasukan tidak terjejas akibat kehilangan pemain utama.

“Banyak perkara yang kita harus perbaiki dan sekarang kita nampak pemain sudah banyak menerima kad kuning dan pergantungan.

“Dengan baki perlawanan ini, kita harus bersedia untuk menurunkan pemain yang akan beraksi menggantikan mereka yang digantung,” katanya dalam sidang media selepas aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Aidil juga berjanji anak buahnya akan terus memberikan saingan sengit dalam setiap perlawanan yang mendatang.

“Kita akan memberi saingan yang hebat, itu yang paling penting,” ujarnya.

Terdahulu, Kuching City FC berjaya mencatat kemenangan bergaya apabila menundukkan Kelantan Darul Naim dengan keputusan 3-0 .

Penyerang sensasi Kuching City, Jordan Mintah muncul wira pasukan selepas mempamerkan ketajaman luar biasa dengan mencetak hatrik bagi memastikan tiga mata penuh buat pasukan dari Sarawak itu.

Dengan kemenangan tersebut, Kuching City kini berada di kedudukan kelima dengan kutipan 27 mata dengan Kelantan berada di kedudukan keenam dengan kutipan 25 mata.

Kuching dijadualkan bertemu Pahang pada 4 Mac di Stadium Temerloh untuk aksi liga seterusnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan