Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 432 kilogram (kg) gula pasir kasar bertapis dan 137 kg minyak masak peket disita selepas didapati disimpan tanpa lesen di sebuah rumah di Sitiawan dekat Lumut semalam. Foto KPDN Laman Rasmi (FB)

KPDN serbu rumah jadi tempat simpan barang kawalan tanpa lesen

IPOH, 27 Feb: Sebanyak 432 kilogram (kg) gula pasir kasar bertapis dan 137 kg minyak masak peket disita selepas didapati disimpan tanpa lesen di sebuah rumah di Sitiawan dekat Lumut semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Cawangan Manjung melakukan serbuan pada 1 tengah hari di rumah berkenaan yang disyaki dijadikan stor simpanan barang kawalan.

“Pemilik premis seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun gagal mengemukakan sebarang permit atau lesen barang kawalan.

“Kesemua barangan yang disita dianggarkan bernilai Nilai RM1,573,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan