Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kerjasama strategik melibatkan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Press Metal Aluminium Holdings Berhad memberi kelebihan kepada Sarawak dalam pembangunan produk berasaskan aluminium. Foto Nadhim Bokhari(TVS)

Kerjasama BDA, Press Metal perkukuh pembangunan produk aluminium di Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 27 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan kerjasama strategik melibatkan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Press Metal Aluminium Holdings Berhad memberi kelebihan kepada Sarawak dalam pembangunan produk berasaskan aluminium.

Beliau berkata, kejayaan industri aluminium bergantung kepada dua faktor utama iaitu tenaga dan kitar semula yang mana Sarawak memiliki kelebihan dalam kedua-duanya.

“Sarawak memiliki sumber tenaga yang mencukupi untuk menyokong industri ini selain keupayaan dalam kitar semula aluminium bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi,” katanya semasa berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara BDA dan Press Metal di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Abang Johari menyaksikan MoU yang ditandangani BDA menerusi Pengurus Besarnya Datuk Mohamad Yakup Kari manakala Press Metal Aluminum Holdings Berhad diwakili Timbalan CEOnya, Ooi Beng Guan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha BDA Wan Ibrahim Wan Alwi dan Ketua Pegawai Operasi Unit Perniagaan Ekstrusi Press Metal Aluminium Holdings Berhad Lim Heng Kam.

Menurut Abang Johari, teknologi pemodelan maklumat bangunan (BIM) juga boleh dimanfaatkan dalam industri aluminium bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan kelestarian pembangunan.

“Dalam konteks pembangunan moden, penggunaan BIM membolehkan kita merancang dengan lebih terperinci termasuk dalam aspek penjimatan tenaga dan reka bentuk lebih mesra alam. Aluminium boleh digunakan dalam pelbagai bentuk termasuk sebagai panel hiasan dan komponen pembinaan berkualiti tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata, industri aluminium boleh berkembang dengan adanya pelbagai inovasi dalam penggunaan bahan mentah alternatif seperti gas dan bioetanol.

“Teknologi kini membolehkan kita menghasilkan produk aluminium dengan kaedah yang lebih cekap dan kos efektif. Sarawak bersedia untuk meneroka peluang ini bagi memastikan industri ini terus berkembang,” jelasnya.

Dalam MoU tersebut, BDA akan memiliki pegangan sebanyak 20 peratus dalam usaha sama ini sekali gus memperkukuh peranannya dalam pembangunan industri aluminium di wilayah ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan