Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan melancarkan Inisiatif Belanjawan 2025 - Peruntukan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan di ibu negara. Foto: Afiq Johari.

Kerajaan tambah RM10 bilion bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan 2025

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kerajaan menambah RM10 bilion bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) pada tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.

“Mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai pekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig, Kerajaan Madani meningkatkan skim jaminan kredit perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dengan jaminan tambahan sebanyak RM10 bilion untuk 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Inisiatif Belanjawan 2025 – Peruntukan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata kerajaan turut memperuntuk RM20 bilion kepada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) untuk pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi Belanjawan 2025.

“Jumlah tersebut dijangka menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan usahawan PKS, khususnya yang terlibat dalam sektor tumpuan seperti halal, teknologi tinggi serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan pelancongan,” katanya.

Jelasnya, SJPP menyediakan sokongan kewangan yang lebih komprehensif bagi sektor tersebut tahun ini, merangkumi kemudahan pembiayaan lebih mudah diakses, sokongan terhadap inovasi, penggalakan amalan mampan serta peningkatan daya tarikan pelancongan negara di peringkat antarabangsa.

Amir berkata pendekatan itu juga diambil bagi merangsang pertumbuhan ekonomi mampan, mencipta peluang pekerjaan dan menjadikan Malaysia sebagai hab utama bagi sektor halal dan teknologi tinggi selaras dengan aspirasi ESG. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan