Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelemahan sistem pengairan dan saliran di kawasan padi seluruh negara dikenal pasti menjadi penyebab utama kepada pengurangan hasil padi. Foto hiasan Envato

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi – Mohamad Sabu

ByBernama

JERLUN, 27 Feb: Kelemahan sistem pengairan dan saliran di kawasan padi seluruh negara dikenal pasti menjadi penyebab utama kepada pengurangan hasil padi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata berikutan masalah itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun bagi membolehkan bekalan padi dan beras dapat dikeluarkan secara konsisten.

“Isu struktural ini perlu ditangani sewajarnya, sistem pengairan yang telah dibangunkan sejak sekian lama perlu dibuat penyelenggaraan secara berterusan dan hal ini melibatkan kos yang tinggi, sebab itu Perdana Menteri telah umumkan projek itu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Projek infrastruktur ini dilaksanakan berkonsepkan kerjasama awam-swasta dengan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penanaman padi di Kawasan Muda ini akan dibiayai sepenuhnya terlebih dahulu oleh pihak swasta dan akan dibayar semula oleh kerajaan kepada syarikat yang terlibat selepas projek siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 di Pida 4 Ayer Hitam dekat sini hari ini.

Mohamad berkata Kumpulan Syarikat MMC melalui Syarikat MMC Infra Padi Sdn Bhd telah berjaya membida projek Fasa 1 bagi membangun dan membuat penyelenggaraan 15 Blok Sistem Pengairan Tersier (Projek 1) dan Pembangunan Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu (Projek 2) di bawah Fasa 1 dengan kos RM1 bilion.

“Proses penandatanganan perjanjian konsesi telah diadakan pada 19 Dis lepas. Saya harap kita dapat memperkasakan kembali industri padi bagi memastikan keperluan beras rakyat sentiasa cukup dan terjamin tanpa mengabaikan kebajikan golongan pesawah dan pemain industri.

“KIta harapkan kerjasama erat daripada kerajaan Kedah dan Perlis untuk bersama-sama berbanding bahu dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan projek ini dapat disiapkan pada waktu ditetapkan, seterusnya memberi manfaat kepada golongan pesawah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan