KUCHING, 27 Feb: Kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H di Sarawak ditetapkan pada RM7.50 seorang sama seperti tahun lepas.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, umat Islam di Sarawak perlu menunaikan zakat fitrah dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab.
“Ia (zakat fitrah) bukan sekadar kewajipan tetapi juga satu bentuk kebersihan jiwa dan harta. Zakat juga dapat membantu golongan memerlukan agar dapat merayakan Aidilfitri dengan lebih bermakna,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak (MIS) 2025 dan Pengumuman Kadar Zakat Fitrah di Dewan Kompleks Islam Sarawak hari ini.
Majlis tersebut menyaksikan penyampaian sumbangan berjumlah RM4.53 juta kepada 1,652 masjid, surah dan tanah perkuburan Islam di Sarawak.
Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, pengurusan sumbangan dan zakat memerlukan integriti agar memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.
Hadir sama Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha.-TVS