Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jualan Sempena Sambutan Ramadan di Simunjan mendapat sambutan memberangsangkan. Foto: FB ADUN N25 Simunjan

Jualan ambang Ramadan di Simunjan, lebih 800 ekor ayam, 100 kg ikan habis dijual

ByFarah Diyana Samsuddin

SIMUNJAN, 27 Feb: Lebih 800 ekor ayam mentah dan 1,000 kilogram (kg) ikan jenis kembong dan sardin habis dijual dalam tempoh lima jam pada program Jualan Sempena Sambutan Ramadan di sini, hari ini.

ADUN Simunjan, Awla Dris berkata program anjuran pusat khidmatnya dengan kerjasama Ayam Campion Simunjan itu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga setempat.

“Program jualan yang diadakan ini adalah salah satu inisiatif untuk memeriahkan bulan Ramadan.

“Selain memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk memperoleh barangan keperluan dengan harga yang berpatutan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

 

Awla turut turun padang ke lokasi jualan di Ayam Champion Simunjan
Foto: FB ADUN N25 Simunjan

Awla mendedahkan antara barangan keperluan asas lain yang turut mencuri perhatian warga Simunjan adalah telur ayam yang terjual sebanyak 400 papan tray.

“Saya amat menghargai kehadiran warga Simunjan yang datang Ayam Champion hari ini dan yakin jualan ini sedikit sebanyak membantu mereka membuat persiapan menjelang Ramadan pada Ahad nanti,” ujarnya.

Program yang julung kali diadakan di kawasannya itu menurut Awla berlangsung dari 8 pagi hingga 1 petang ini sahaja.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan