Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan permudah proses permohonan kewarganegaraan

ByConnie Grace

KUCHING, 27 Feb: Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) Perkara 15A Peringkat Negeri Sarawak berperanan penting dalam memastikan kelancaran proses permohonan kewarganegaraan, dengan memberi tumpuan utama kepada urusan pengesahan permohonan dan memudahcara.

Pengerusinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, salah satu tanggungjawab utama jawatankuasa ini adalah memastikan setiap permohonan yang diterima diserahkan dengan dokumen yang lengkap bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Katanya, jawatankuasa ini memberi perhatian yang serius terhadap kelengkapan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Pihak kami akan memberi nasihat kepada pemohon sekiranya dokumen seperti sijil perkahwinan atau dokumen lain yang diperlukan masih belum lengkap,” katanya pada Mesyuarat Bulanan JKKSK di sini, hari ini.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti berkata keputusan permohonan kewarganegaraan adalah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menerusi kelulusan jawatankuasa JKKSK, kata Fatimah, Sarawak kini merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai jawatankuasa khas di peringkat negeri untuk menangani isu kewarganegaraan secara bulanan.

Ujarnya, penubuhan mekanisme bulanan ini telah mendapat kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang turut bersetuju dengan keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini bagi mempercepatkan dan memudahkan proses permohonan kewarganegaraan di Sarawak.

“Pada mesyuarat pada hari ini, sebanyak 30 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A telah dibentangkan mengikut kategori iaitu, anak tak sah taraf 20 permohonan, anak jagaan (5) dan anak angkat (5),” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan