Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysian Press Institute (MPI) menerima sebanyak 545 penyertaan daripada 58 pertubuhan media bagi merebut Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2024 (HKM 2024), sekali gus mencatatkan penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjurannya.

HKM 2024: Terima 545 penyertaan, tertinggi dalam sejarah penganjuran

ByVanessa Enjop

CYBERJAYA, 27 Feb: Malaysian Press Institute (MPI) menerima sebanyak 545 penyertaan daripada 58 pertubuhan media bagi merebut Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2024 (HKM 2024) sekali gus mencatatkan penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjurannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Ainol Amriz Ismail berkata, jumlah penyertaan kali ini meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun lalu yang mencatatkan 488 penyertaan.

“Tahun ini, HKM 2024 mencatatkan kenaikan 12 peratus penyertaan. Ini bermakna 545 penyertaan berbanding 488 yang diterima tahun sebelumnya. Jumlah ini menunjukkan penyertaan tertinggi diterima oleh MPI,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kategori kewartawanan foto terbaik menerima penyertaan tertinggi dengan 80 penyertaan meningkat sebanyak 82 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kategori kewartawanan foto terbaik dengan 80 penyertaan meningkat 82 peratus berbanding tahun lalu sekali gus menunjukkan penyertaan tertinggi. Ini diikuti oleh kategori berita video terbaik dengan 65 penyertaan dan kategori bicarawara video terbaik, 46 penyertaan,” ujarnya.

Menurutnya, peningkatan penyertaan tersebut mencerminkan daya saing tinggi dalam kalangan pengamal media yang komited menghasilkan karya berkualiti.

“Peningkatan penyertaan ini membuktikan daya saing dan komitmen tinggi pengamal media dalam menghasilkan karya berkualiti.

“Ia juga didorong oleh promosi agresif MPI termasuk mengadakan kunjungan hormat ke organisasi media dan sesi taklimat HKM yang pertama kali diadakan bagi membantu memberi pencerahan kepada warga pengamal media berkenaan HKM,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan MPI berjaya menarik penyertaan daripada organisasi media baharu yang menyertai HKM buat kali pertama.

“MPI juga berbangga menerima penyertaan daripada organisasi media baharu yang menyertai HKM buat pertama kalinya. Maka, matlamat MPI untuk menarik penyertaan dari semua platform media berjaya,” kata Ainol.

Sementara itu, Ainol mengumumkan pencalonan bagi Tokoh Wartawan Negara, Tokoh Media, dan Anugerah Khas akan dibuka pada awal Mac 2025.

“Sekretariat akan mula menghantar surat kepada pertubuhan media, persatuan atau kelab wartawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan sivil yang berkaitan media serta institusi pengajian tinggi bagi mendapatkan pencalonan penyertaan. Tarikh akhir pencalonan tiga kategori ini adalah pada 9 Mei 2025,” ujarnya.

Majlis penyampaian anugerah akan diadakan pada Malam Wartawan Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2025 di Kuala Lumpur dengan pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM450,000 tajaan PETRONAS.

HKM mula diperkenalkan pada 1980 bertujuan mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik dalam kalangan pengamal media tempatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan