Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam individu termasuk tiga wanita ditahan di sini semalam bagi membantu siasatan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada 20 Feb. Foto hiasan Envato

Enam individu ditahan bantu siasat kes abai kanak-kanak perempuan

ByBernama

KUANTAN, 27 Feb: Enam individu termasuk tiga wanita ditahan di sini semalam bagi membantu siasatan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada 20 Feb.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kesemuanya berusia lingkungan 17 hingga 44 tahun, terdiri daripada pengasuh dan suaminya serta empat saudara mereka yang menetap di Bukit Rangin, di sini.

Beliau berkata kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini oleh pengasuhnya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 19 Feb sebelum meninggal dunia keesokannya.

“Pemeriksaan pada mangsa menemukan kesan kecederaan pada bahagian kepala,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan lebih 100 pesara polis kontinjen Pahang di sini hari ini.

Susulan itu, Yahaya berkata mereka kini direman hingga 5 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, beliau berkata polis telah menempatkan anggota yang mencukupi bagi penugasan Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri di sini bermula 7 malam ini.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan kawalan keselamatan dan orang ramai diminta tidak menimbulkan sebarang provokasi pada himpunan itu.

Program anjuran kerajaan negeri itu bertujuan menunjukkan solidariti rakyat kepada Institusi Diraja Pahang.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan