KUCHING, 27 Feb: Pasukan D’Drift 2025 DayakDaily memulakan ekspedisi tahunan yang keenam bertemakan The Homestay Odyssey untuk meneroka penempatan di wilayah ini dengan merentasi zon tengah dan selatan Sarawak.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang merasmikan ekspedisi D’Drift berkata, program yang dilaksanakan itu akan menjadi antara tarikan pelancongan di Sarawak.
“Saya percaya program ini akan diketahui oleh pelancong di Sarawak dan perjalanan ini menyaksikan penyerahan buku kepada di kawasan pedalaman yang dimulakan sejak beberapa tahun lepas, dan setiap ekspedisi, mereka akan membawa 1,000 buku.” katanya pada sidang media di pejabat DayakDaily hari ini.
Perjalanan selama 10 hari itu dijangka berakhir pada 8 Mei 2025 yang bertujuan untuk menonjolkan keunikan penginapan di Sarawak sambil memupuk penglibatan masyarakat dan meningkatkan sektor pelancongan tempatan.
D’Drift tahun ini lebih tertumpu kepada warisan menawarkan penerokaan yang lebih mendalam tentang daya tarikan luar bandar Sarawak.
Sejak dilancarkan, D’Drift merentasi pelbagai wilayah termasuk Ulu Baram, Ulu Belaga dan kawasan pedalaman Sarawak bagi mempromosikan pelancongan mampan dan penglibatan masyarakat.
Selain itu, D’Drift 2025 akan akan membawa 1,052 buku dan 10 beg besar mainan di bawah inisiatif bertajuk Bless Rural Children with Books and Soft toys.
Barangan tersebut akan diserahkan secara rasmi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) pada hari terakhir, 8 Mei 2025.
D’Drift mendapat tajaan dan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Kreatif Industri dan Seni Persembahan (MTCP) dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk menjayakan program tersebut.
Untuk rekod, DayakDaily melancarkan kempen pengumpulan buku terpakainya dari tahun 2022 dan 2023 dan berjaya menyampaikan lebih 3,340 buku kepada SK Lusong Laku, Ulu Belaga dan Long Latei.
Inisiatif tersebut yang merupakan kerjasama DayakDaily dan Business Event Sarawak (BESarawak) dan dengan sokongan berterusan daripada Kuching Freelance Persatuan Wartawan (PEWARTA) berdedikasi untuk memartabatkan masyarakat tempatan dengan berkongsi ilmu dan pembelajaran yang memberi inspirasi melalui D’Drift selain membuktikan setiap perjalanan membawa peluang untuk mendidik serta saling berhubung.-TVS