Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sesi Ramah Mesra Pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) bersama Perdana Menteri di Alor Setar, hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Dunia Islam alami defisit kepercayaan – PM Anwar

ByBernama

ALOR SETAR, 27 Feb: Dunia Islam dilihat mengalami defisit kepercayaan, dengan nilai integriti, pengorbanan, dan sumbangan seringkali dibayangi kepentingan diri dan pengumpulan harta benda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata segelintir pemimpin dunia Islam sering memperkatakan tentang perjuangan, pengorbanan, dan sumbangan, namun mereka mengumpul kekayaan melebihi kemampuan.

“Mereka tidak menunjukkan teladan. Benar mereka mempunyai ilmu. Mereka memiliki tahap kecekapan, tetapi tiada nilai. Terdapat defisit kepercayaan. Anda lihat dalam sistem multilateral, mereka tidak peduli tentang peraturan.

“Kita lihat dalam ASEAN, yang saya pengerusikan tahun ini. Saya berada di Vietnam semalam, kami memperkatakan tentang asas kemajuan, berasaskan peraturan. Siapa yang peduli tentang berasaskan peraturan pada masa ini?

“Sekiranya mereka mematuhi peraturan, mereka tidak akan melakukan penjarahan, eksploitasi dan penyingkiran di Gaza,” kata beliau pada Sesi Ramah Mesra Pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Canselor yang juga Presiden AIU Prof Datuk Dr Mohd Salleh Jaafar.

Perdana Menteri berkata hal itu merupakan satu daripada cabaran besar bagi golongan muda untuk membina keyakinan serta matlamat yang kukuh dalam pembelajaran dan perkembangan peribadi mereka untuk membawa perubahan dalam masyarakat, negara dan komuniti antarabangsa.

Anwar berkata dunia Islam dilihat sebagai tidak berdaya dengan tidak menumpukan kepada perkara asas penting, sebaliknya sering bertelagah berkaitan hal remeh.

“Sebab itulah jika anda bertanyakan kepada saya dalam kerajaan MADANI di sini, saya katakan apa sahaja yang diperkatakan.

“Kami menggunakan kuasa ini dan perpaduan untuk memberi tumpuan kepada ekonomi, pendidikan berkualiti, untuk mengembalikan keyakinan kukuh dan kuasa iaitu kuasa ekonomi dan sosial,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan