Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata defisit tersebut berbangkit berikutan keputusan Kementerian Kewangan (MOF) mengurangkan penyaluran fi agensi kepada LHDN daripada RM3.2 bilion pada 2022 kepada RM2.1 bilion bagi 2023. Foto fail Jabatan Penerangan Malaysia

Dewan Rakyat: LHDN masih miliki rizab tunai mencukupi

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencatatkan defisit semasa sebanyak RM735 juta pada 2023, namun defisit itu tidak dianggap sebagai kerugian yang membimbangkan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata defisit tersebut berbangkit berikutan keputusan Kementerian Kewangan (MOF) mengurangkan penyaluran fi agensi kepada LHDN daripada RM3.2 bilion pada 2022 kepada RM2.1 bilion bagi 2023.

“MOF berbuat demikian setelah mengambil kira kedudukan rizab tunai LHDN yang mencukupi untuk membiayai sebahagian perbelanjaannya pada 2023,” katanya ketika penggulungan Usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 mengenai penyata kewangan Kerajaan Persekutuan 2023 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Amir Hamzah turut menjelaskan pada permulaan 2023, LHDN mempunyai baki awal tunai berjumlah RM1.12 bilion.

“Dengan itu, jumlah defisit tahun 2023 ini dapat ditampung melalui sumber dalaman tanpa menjejaskan pengoperasian LHDN dari segi keperluan tunai.

“LHDN juga masih mempunyai jumlah lebih terkumpul yang positif sebanyak RM104.55 juta dan nilai aset bersih sebanyak RM279.66 juta pada 31 Disember 2023,”katanya.

Menurut beliau MOF bertanggungjawab menguruskan kedudukan aliran tunai negara dan memastikan keperluan tunai LHDN mencukupi bagi menjamin kelangsungan peroperasian LHDN dan mencukupi untuk memenuhi tugasannya mencapai sasaran hasil kutipan cukai negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan