Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ewon Benedick menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kutipan semula NPL menurun tahun lepas

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kutipan semula kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) turun kepada 9.8 peratus pada 2024.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, data berkenaan menunjukkan kejayaan besar dengan pengurangan kadar NPL berbanding 12.6 peratus pada tahun sebelumnya.

“Sementara itu, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga mencatatkan pencapaian cemerlang dengan Portfolio at Risk (PAR) pada paras 0.02 peratus pada 2024 berbanding 0.09 peratus pada 2023, yang merupakan pencapaian terbaik sejak penubuhannya 38 tahun lalu,” katanya Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Dato Sri Doris Sophia (Gabungan Parti Sarawak -Sri Aman) mengenai usaha yang dilakukan oleh agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sepeti TEKUN Nasional dan AIM dalam mengurangkan NPL dan status pencapaian agensi pada 2024.

Sementara itu Ewon menjelaskan, KUSKOP melaksanakan pelbagai usaha termasuk mengadakan program pendidikan kewangan bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang memberi latihan pengurusan kewangan dan perancangan perniaga.

“(Selain itu kita juga melakukan0 pemantauan berkala terhadap usahawan, serta komunikasi melalui aplikasi mudah alihuntuk memudahkan pembayaran pinjaman. Selain itu, opsyen penstrukturan semula pinjaman turut ditawarkan,” katanya.

Tambah beliau KUSKOP berharap agar kadar NPL dapat terus dikurangkan agar dana disediakan boleh disalurkan kepada lebih banyak usahawan.

“Walaupun TEKUN Nasional menerima dana purata RM330 juta setiap tahun, (namun) saya harap ini boleh ditambah lagi, walaupun kita dapat kutip pinjaman tersebut tapi kita mahu menyalurkan lebih banyak lagi pembiayaan kepada usahawan-usahawan kecil,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan