Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan melalui Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) sedang membangunkan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2026-2030 bagi menyelaras agenda teknologi termaju itu di Malaysia. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: Kerajaan lancarkan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2026-2030

ByBong Yi Sien

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kerajaan melalui Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) sedang membangunkan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2026-2030 bagi menyelaras agenda teknologi termaju itu di Malaysia.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata inisiatif itu merupakan kesinambungan kepada Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan (AI) 2021-2025.

Jelas beliau dalam usaha kementerian untuk memperkasa penjawat dalam AI, NAIO telah melancarkann inisiatif “AI at Work 2.0” dengan kerjasama Google.

“Inisiatif ini memberikan akses kepada 445,000 penjawat awam dengan Google Workspace, termasuk Gemini dan NotebookLM.

“Langkah ini adalah susulan kejayaan projek perintis yang telah dijalankan ke atas 270 penjawat awam, di mana 97 peratus peserta melaporkan penjimatan masa sebanyak 3.25 jam setiap minggu, manakala 91 peratus menyatakan bahawa penggunaan AI generatif meningkatkan kualiti kerja mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Gobind berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (Pakatan Harapan-Gombak) yang ingin tahu strategi kementerian supaya penjawat-penjawat awam dapat mendalami pemahaman dan pengoperasian Sistem AI.

Sementara itu tambah beliau, bagi memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab, Jabatan Digital Negara (JDN) telah membangunkan Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam, yang akan dilancarkan petang ini.

“Garis panduan itu bertujuan menggalakkan penggunaan AI yang beretika dan bertanggungjawab dalam sektor awam Malaysia, serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, ketepatan pembuatan keputusan dan pengurusan sumber serta keselamatan awam,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan